17/05/2012

Terima Kasih Dari Lubuh Hati Yang Paling Dalam

Terujanya malam ni apabila kawan-kawan sekelas menyatakan markah  tugasan untuk blog ini telah telah pun keluar...... berdebar-debar juga.... almaklumlah.... saya bermula dengan zero sezero- zeronya. Dengan bantuan adik dan kawan-kawan sekereta akhirnya  blog ini terbina.... terima kasih semua kerana sabar dengan kerenahku....
Buat pensyarah e-learning saya..... terima kasih atas markah yang diberi.... memang saya tidak menduganya... terasa usaha yang tidak seberapa ini dihargai.... terima kasih Puan Nur Saadah.

15/05/2012

kecintaanku


                   
                    Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku

                              "Bahasaku itu indah rupanya
                              
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
                              
menghiris dan membunuh perasaan
                              
jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa

                               jika tindakan di luar adab santun Melayu
                              
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

                              
Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
                              
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
                              
tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
                              
kerana aku adalah wasilahmu
                              
lambang kekuatan warisan zaman."

Diam tak diam sudah dua bulan aku menjadi blogger walaupun tidak aktif. 
Ruang waktu yang amat terhad terpaksa diagihkan kepada tugasan utama di sekolah, keluarga serta pembelajaranku.....
Minggu yang agak sibuk.... menanti kehadiran para nazir ke sekolah yang pastinya mengundang bukan sedikit rasa cemas di dada... menjelang saat PKSR 1 untuk anak-anak didikku menuntut seluruh tumpuan untuk mereka....menjelang peperiksaan akhir semester 2.... aku menjadi semakin kecut perut..... Namun semuanya harus kulalui.... semoga diberikan kekuatan fizikal dan mental.

29/04/2012

Kelegaan......

Syukur ke hadrat Ilahi, dapat juga saya menyiapkan segala tugasan untuk sem ini mengikut masa yang telah ditetapkan.....walaupun tidak sebaik atau secemerlang yang diharapkan. Dalam kekalutan dengan aktiviti dan tugasan wajib di sekolah, sempat juga menghabiskan forum Myguru3. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusanku seterusnya.

Seloka Pak Kaduk.....warisan Bangsa Melayu

http://www.youtube.com/watch?v=J699DKudh-s&feature=related

Syair........cabang seni dalam Bahasa Melayu

http://www.youtube.com/watch?v=uQvudD-Agj4&feature=related

27/04/2012

Sehari Selembar Benang


KATA MAJMUK

Kata Majmuk Yang Telah Mantap.

Terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap penggunaannya.  Kata majmuk ini dieja secara bercantum.

antarabangsa
barangkali
jawatankuasa
olahraga
sukarela
apabila
beritahu
kakitangan
padahal
suruhanjaya
apahal
bumiputera
kepada
pesuruhjaya
tandatangan
apakala
darihal
kerjasama
sediakala
tanggungjawab
apalagi
daripada
manakala
setiausaha
warganegara
bagaimana
dukacita
manalagi
sukacita

23/04/2012

Sehari Selembar Benang


KATA SENDI  NAMA:
Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa dengan frasa. Contohnya:
 kata sendi nama

            penggunaan
                ayat contoh

          di
  Ø  menunjukkan tempat
1.Semua ahli pengakap sedang  
    berkumpul di dalam dewan.

  

           ke
  Ø  menunjukkan tempat atau arah
          yang dituju

  Ø  menunjukkan masa dan waktu
1.Kami akan ke balai raya
    petang nanti.

2.Perkahwinan Cikgu Sandra
   berlangsung dari pukul 11.00 pagi
   hingga ke pukul 4.00 petang.




         dari

  Ø  menyatakan tempat dan arah   
          yang dituju

  Ø  menunjukkan masa dan waktu.

2. Amani berasal dari Kuala
    Kangsar.

3. Saya telah menunggu kamu dari
    pagi.

      


      daripada
  Ø  menunjukkan asal kejadian 
          atau punca.

  Ø  untuk membuat perbandingan.


  Ø  tidak boleh digunakan untuk 
          tempat dan masa dan arah.


1.Meja itu dibuat daripada apa?


2.Nabilah lebih tinggi daripada
   Amani.



      kepada

  Ø  digunakan untuk  orang

  Ø  digunakan untuk benda abstrak


  Ø  digunakan untuk menyatakan 
          bahagian

1.Badrul memberitahu perkara itu
    kepada guru kelas mereka.

2. Notis itu hendaklah disampaikan
    kepada mereka yang berkenaan.

3. Murid-murid  kelas itu telah
    dibahagikan kepada beberapa
    kumpulan.

     pada

  Ø  untuk menerangkan waktu

  Ø  untuk menunjukkan tempat


1.Pada waktu itu ayahnya tiada di
   rumah.

2.Tulis nama kamu pada kertas itu.