KATA PENGUAT
1. Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat.
2. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu:
a. kata penguat hadapan
b. kata penguat belakang
c. kata penguat bebas
JENIS | KATA PENGUAT | AYAT CONTOH |
Hadapan | paling agak terlalu | Masakan isterinya paling sedap Tapak kasutnya agak nipis. Kamus itu terlalu tebal. |
Belakang | sekali benar nian | Rumahnya jauh sekali. Rajin benar dia menulis surat. Pemandangan di tepi laut itu indah nian. |
Bebas | amat sangat sungguh | Hasil anyamannya amat kemas. Kotak itu sangat besar. Baju kurung itu sungguh cantik. |