17/04/2012

Sehari Selembar Benang


 KATA PEMERI:

Terdapat dua jenis kata pemeri , iaitu  ialah dan adalah.

Contoh penggunaak kata pemeri:

    Kata Pemeri
               Maksud
            Ayat Contoh
     
          ialah

menunjukkan persamaan
1.Kereta yang berada di tepi
   padang itu ialah kereta Proton
   Wira.

2.Agama rasmi negara kita ialah
   agama Islam.
  
3.Bapanya ialah seorang doktor
   gigi.



        adalah


menunjukkan huraian atau keterangan.
1.Kasut yang dipakainya itu
   adalah daripada kulit.

2.Makanan yang ditempahnya itu
   adalah untuk anak-anak yatim.

3.Burung di dalam sangkar itu
   adalah daripada spesies yang
   sama seperti  yang terdapat di
   dalam buku ini.


Contoh Mikro Pengajaran

http://www.youtube.com/watch?v=Stef_nsPBYY

15/04/2012

Alam Baru

Ahhhhhh....diam tak diam...sudah sebulan lebih saya menempuhi alam baru menjadi blogger.  Demi sebuah perjuangan yang baru bermula.....Demi segulung ijazah yang bakal hadir pada penghujung usia perkhidmatan.....
Semuanya harus dilalui dengan penuh ketabahan.....

Puan Pensyarah, terimalah usaha saya ini seadanya....