26/03/2012

Warisan Bangsa


              Ciri-ciri pantun empat kerat:

1.    Setiap rangkap pantun mempunyai dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Bagi pantun empat kerat, baris pertama dan kedua merupakan pembayang kepada pantun. Manakala baris ketiga dan keempat merupakan maksud kepada pantun tersebut.

2.    Baris pertama mempunyai rima akhir yang sama dengan baris ketiga, manakala baris kedua mempunyai rima akhir yang sama dengan baris keempat.

           Contoh Pantun Empat Kerat:

           Pakai baju warna biru,
           Pergi ke sekolah pukul satu,
           Murid sentiasa hormatkan guru,
           Kerana guru pembekal ilmu.


          Padi  segemal kepuk di hulu,
          Sirih di hilir merekap junjungan,
          Kepalang duduk menuntut ilmu,
          Pasir sebutir jadikan intan.

No comments:

Post a Comment