10/04/2012

PERIBAHASA



PERIBAHASA merupakan satu daripada cabang keindahan   dalam Bahasa Melayu. Peribahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang membawa maksud tertentu.
Simpulan bahasa membawa maksud yang berbeza daripada perkataan yang digunakan.

Peribahasa secara umumnya terbahagi kepada  enam bahagian iaitu:
a)           Simpulan Bahasa:
b)           Perumpamaan
c)            Pepatah
d)           Bidalan
e)            Perbilangan
f)            Kata-kata hikmat.

            Jenis peribahasa
   Contoh / maksud
     1.    Simpulan bahasa
Anak buah:
i.              orang yang berada di bawah pengawasan seorang ketua.
ii.            Anak saudara

     2.    perumpamaan
Bagai aur dengan tebing:
1. Tolong menolong antara satu sama lain.

     3.    pepatah
Ditelan mati emak, diluah mati bapa:
Susah membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan sama penting.

     4.    bidalan
Biar mati anak jangan mati adat.
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup mengorbankan anak.
5.perbilangan
Adat bersendi hukum
hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat tak gaduhkan hokum,
Kuat hukum, tak gaduhkan adat.

     6.    Kata-kata hikmat
bahasa menunjukkan bangsa.










No comments:

Post a Comment